Friday 18 November 2011

murninya bahasaku

PENGGUNAAN 'TENTANG'

Dalam berita sukan tentang Van Persie (pemain pasukan Arsenal) BH20111118 terdapat penggunaan kekata ‘tentang’ sebanyak 6 kali. Saya perturunkan:
1. Wenger mengajak saya memikirkan tentang perkara ini.
2. Menjelaskan tentang sumbangan Wenger itu, Van Persie …………
3. Saya memikirkan tentang kata-katanya itu.
4. Beliau juga mengingatkan tentang tindak-tanduk saya.
5. Beliau akan merujuk tentang perbualan yang lalu.
6. Wenger juga telah memberikan nasihat tentang apa yang telah saya lakukan sejauh ini.

Kecuali ayat 6, penggunaan ‘tentang’ dianggap sebagai kata sendi. Hal ini tiada kesalahannya.

Ayat 1 hingga 5 dianggap penggunaan yang salah kerana ‘tentang’ tidak boleh dijadikan objek bagi kata kerja transitif yang sebelumnya. Seharusnya kekata ‘tentang’ itu digugurkan sahaja, menjadi:
7. Wenger mengajak saya memikirkan perkara ini.
8. Menjelaskan sumbangan Wenger itu, Van Persie …………
9. Saya memikirkan kata-katanya itu.
10 Beliau juga mengingatkan tindak-tanduk saya.
11 Beliau akan merujuk perbualan yang lalu.

Penggunaan apitan meN…kan yang membentuk kata kerja transitif hendaklah diikuti dengan objek. Dalam artikel ini terdapat juga penggunaan yang tepat:
12 Van Persie telah menyumbatkan sebelas gol …..
13 Arsenal menewaskan West Bromwich.
14 ………. memikirkan segala alasan.



1 comment:

  1. Terima kasih Nik kerana sudi berkongsi maklumat. Kadang-kadang kita lupa tentang penggunaan kosa kata yang tepat dalam sesuatu ayat.

    ReplyDelete