Friday, 14 October 2011

petua seorang cikgu


Kalau Guru…..
mengajar sambil duduk,
murid belajar sambil mengantuk.
mengajar sambil berlakun,
murid belajar dengan tekun.
Kalau Guru…..
mengajar tanpa alat,
murid akan belajar dengan ralat.
menjadi pemudah cara,
ramai murid pandai berbicara.
Kalau Guru…..
kurang merancang,
dalam bilik darjah banyak temberang.
suka berdamping,
banyak murid dapat dibimbing.
Kalau Guru…..
mengajar banyak bercakap,
ada murid bertambah gagap.
berbudi bahasa,
akan dikenang sepanjang masa.
Kalau Guru…..
pentingkan diri sendiri,
murid tidak akan menghargai.
penuh tanggungjawab,
disipilin murid mudah digilap.

guru yang mana adalah KITA??


No comments:

Post a Comment