Friday, 18 November 2011

murninya bahasaku

PENGGUNAAN 'TENTANG'

Dalam berita sukan tentang Van Persie (pemain pasukan Arsenal) BH20111118 terdapat penggunaan kekata ‘tentang’ sebanyak 6 kali. Saya perturunkan:
1. Wenger mengajak saya memikirkan tentang perkara ini.
2. Menjelaskan tentang sumbangan Wenger itu, Van Persie …………
3. Saya memikirkan tentang kata-katanya itu.
4. Beliau juga mengingatkan tentang tindak-tanduk saya.
5. Beliau akan merujuk tentang perbualan yang lalu.
6. Wenger juga telah memberikan nasihat tentang apa yang telah saya lakukan sejauh ini.

Kecuali ayat 6, penggunaan ‘tentang’ dianggap sebagai kata sendi. Hal ini tiada kesalahannya.

Ayat 1 hingga 5 dianggap penggunaan yang salah kerana ‘tentang’ tidak boleh dijadikan objek bagi kata kerja transitif yang sebelumnya. Seharusnya kekata ‘tentang’ itu digugurkan sahaja, menjadi:
7. Wenger mengajak saya memikirkan perkara ini.
8. Menjelaskan sumbangan Wenger itu, Van Persie …………
9. Saya memikirkan kata-katanya itu.
10 Beliau juga mengingatkan tindak-tanduk saya.
11 Beliau akan merujuk perbualan yang lalu.

Penggunaan apitan meN…kan yang membentuk kata kerja transitif hendaklah diikuti dengan objek. Dalam artikel ini terdapat juga penggunaan yang tepat:
12 Van Persie telah menyumbatkan sebelas gol …..
13 Arsenal menewaskan West Bromwich.
14 ………. memikirkan segala alasan.



Thursday, 17 November 2011

TAHNIAH DARI CIKGU

ALHAMDULILAH..

keputusan UPSR diumumkan dan seramai 9 orang pelajar dari sekolah cikgu berjaya mendapat 5A. walaupun jumlahnya agak sedikit berbanding keputusan tahun lepas, cikgu bersyukur.



tahniah dari cikgu untuk para pelajar dan ibu bapa yang sentiasa memantau kecemerlangan anak mereka. semoga kecemrelangan ini akan berterusan.




Tuesday, 15 November 2011

KEPUTUSAN UPSR




SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK SEMUA CALON.





Friday, 14 October 2011

petua seorang cikgu


Kalau Guru…..
mengajar sambil duduk,
murid belajar sambil mengantuk.
mengajar sambil berlakun,
murid belajar dengan tekun.
Kalau Guru…..
mengajar tanpa alat,
murid akan belajar dengan ralat.
menjadi pemudah cara,
ramai murid pandai berbicara.
Kalau Guru…..
kurang merancang,
dalam bilik darjah banyak temberang.
suka berdamping,
banyak murid dapat dibimbing.
Kalau Guru…..
mengajar banyak bercakap,
ada murid bertambah gagap.
berbudi bahasa,
akan dikenang sepanjang masa.
Kalau Guru…..
pentingkan diri sendiri,
murid tidak akan menghargai.
penuh tanggungjawab,
disipilin murid mudah digilap.

guru yang mana adalah KITA??


Sunday, 9 October 2011

SIAPA GURU???



.
.
.
.
.
.
.
.

tepuk dada, tanya IMAN 



Saturday, 1 October 2011

pertama untuk permulaan

assalamualaikum

alhamdulillah

akhirnya

semoga yang sedikit ini bermanfaat untuk semalam hari ini dan esok

salam penuh keihlasan



) قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ
(رواه مسلم)

Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya jalan (menuju) ke syurga.



A M I N